Friday 23 March 2012

Tips penjagaan tudung

Petua penjagaan tudung

* Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

* Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun sabun mandi selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).

* Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan kain serta tudung yang memiliki sengkuap.

* Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

* Cara melipat tudung juga perlu betul. Jika menggunakan tudung bersengkuap, pastikan jangan melipat bahagian sengkuap kerana jika ia terlipat, tudung terbabit akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.

Jika bahagian sengkuap terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

* Bagi tudung lycra pula, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika bercorak tetapi jika ingin menggosoknya boleh menggunakan suhu yang rendah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..