Friday 23 March 2012

Tip solekan tahan lama

Cakk!hihi..Assalamualaikum..morning..Tinie nak buat apa?haha...dah baca tajuk kan?
Untuk mendapatkan kejernihan pada kulit, gunakan hanya sedikit bedak asas dan sapukan pada wajah secara rata. Solekan tidak keterlaluan dan hasil yang lebih selamat. Gunakan krim BB penghalang cahaya.

Untuk penampilan seimbang pemilihan warna bedak asas sangat penting. Wanita digalakkan memilih warna yang paling hampir dengan rona kulit.

Apa yang boleh dilakukan ialah sebaiknya berdiri dan cuba warna berhampiran cahaya matahari kerana ia adalah cahaya yang betul berbanding lampu. Jika kulit anda berminyak, pilih bedak asas jenis bebas minyak atau kawalan minyak.

Gunakan warna pastel untuk solekan K-Pop dan ia amat sesuai untuk mereka yang berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Elak memilih warna yang terang untuk pemerah pipi. Warna lembut berunsurkan merah jambu atau peach sesuai untuk kulit hitam manis atau cerah. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..