Thursday 15 March 2012

Cemburu Buta !!


SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, pasti ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.!
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana.
hehe! betul kan ?

 ..............................................................................................................................
Oke , now Tinie nak kongsi sedikit 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antara nya terbuku dalam hati dan sanubari si dia :)
* Beremosi Keterlaluan*
Setiap minit dan jam , si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah , si dia akan marah bila anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi SMS :)

 * Sering Melemparkan Tuduhan*
 Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai usul periksa.
Keadaan ini  berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain , bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat kepada anda.

* Cuba mencari kesalahan anda*
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan , si dia cuba mencari kesalahan anda. Padahal anda tidak pernah melakukan sedemikian.Perkara ini juga boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara pasangan.

* Sentiasa ingin bersama*

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti-sosial*

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya. :)

* Wartawan dan polis*

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa .

* Suka buruk sangka*

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan*

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

 Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

* Sanggup bunuh diri*

 Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.


 "Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan."


 * Haha , semuanya ada banyak pada boy Tinie :)
   Cemburu betol ! hahakss :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..