Thursday 15 March 2012

Asyik Nak Bercinta Je Yer ?!



.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v







Untuk hari ini kita akan bincangkan sedikit hal kasih kekasih. Saya dapat laporan mengatakan ramai pelajar-pelajar kita yang malas nak datang kelas, malas nak buat kerja, malas nak siapkan laporan praktikal disebabkan bercinta. Ada antara kamu yang buat macam tu? Saya tanya ni ada atau tidak!



Saya harap kamu semua tidak mengikut perilaku tidak baik ini. Sememangnya sekarang budaya bercinta ini macam dah sebati dengan jiwa anak-anak muda kita. Sibuk nak bercinta, sampai lupa apa yang penting dalam kehidupan mereka. Banyak yang dah tertipu dengan dunia fantasi cinta. Sanggup beri apa sahaja kepada kekasih sehingga maruah diri tergadai, keluarga ditinggalkan. 



Adakah itu yang dimaksudkan dengan cinta? Adakah itu yang dinamakan cinta?



Kita dikurniakan dengan naluri. Naluri ingin berpasangan. Jadi sempurnakannya dengan cara yang betul. Kita dikurniakan dengan nafsu, sentiasa belajar cara untuk mengawalnya. Jangan biarkan ia mengawal kita. Ingat! tiada cinta yang lebih agung dari cinta Allah kepada hamba-hambanya...  

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..