Wednesday 14 March 2012

"Tinie , Kenapa Duit Churp-Churp Saya Tak Naik Pun ?".Assalamualaikum !


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Title kali ini lah , yang menimbulkan persoalan dan pertanyaan yang Tinie terima daripada para bloggers .Boleh dikatakan setiap hari , memang Tinie akan dapat comment , message dan sebagainya dengan soalan sedemikian . Hari ini , dengan hati yang ikhlas semua persoalan anda akan terjawab ..  (Chewahhh , geli pulak haku dok serius - serius ni.. hahaha)

Okey geng . Soalan cepumas yang selalu Tinie terima :

"Tinie , kenapa duit churp - churp saya tak naik pun?"


Ok . Sebab ape tak naik ekk ? Hm. Tinie bagi penjelasan dengan details lah ehh . Kebanyakan yang daftar churp - churp ni adalah orang dalam kalangan yang mempunyai blog tersendiri kan ? So ....


Yang pertama
Niat korang tu . Niat semestinya kena betul tau ? Korang ada blog . Jangan terhegeh - hegeh pasang niat nak buat blog sebab "duit" ! Ingat tujuan asal korang buat blog tu . Kalau korang asyik fikir pasal duit je , Tinie jamin , blog korang mesti akan "HANCUSSS" punya lah . Tak sampai sebulan , dah malas nak berblog ! Be cool , dear .


Yang kedua
Korang malas nak mengiklankan kempen churp - churp korang tu . Ehh , kalau nak sangat duit korang tu cepat naik lah kan . Kena rajin promote tau ? Jangan lah kata kat diorang .. Contoh macam dalam fesbuk lah kan . "Wey , klik sini jap!" . Haram orang nak klik . Hati orang mana kita tahu . Kot datang dekat hati yang busuk tu . Dengki ! Tak kan diorang senang - senang nak klik ? Ayat mesti kena manis , bro !


Yang ketiga
Selalu - selalu lah bukak link churp - churp korang tu . Tengok kempen ape yang ada ? PERHATIAN !!Kempen selalunya akan bertukar setiap hari tau . So , korang kena ALERT !
Kalau dekat blog , sesiapa yang letak gambar iklan macam TUTORIAL INI , kan korang wajib kena tukar gambar and link kempen terbaru . Kalau link lama tetap ada dekat blog korang , bila orang lain klik je , memang kompom duit tak kan bergerak ar . Sebab iklan tersebut dah tak perlu diiklankan . Ada paham ? Be Alert ! 


Yang keempat
Kalau korang tahu , sekarang ni orang dok kecoh pasal yang bila orang klik keluar banyak - banyak iklan dekat tab kita kan ? ada perasan tak ? Korang tahu , betapa bahayanya korang buat macam tu . Korang tak baca ke peraturan keempat dalam churp - churp tu . 
DON'T :
Pihak churp - churp kan dah larang . Kalau korang masik berdegil . Tinie tak tahu lah nak cakap apa . tanggung lah sendiri eh ? Tinie takot - takot earning korang memang cepat naik , tapi bila korang cashout nanti , takut pihak churp - churp akan banned / block korang daripada mendapat sebarang duit . Macam mana ? Payah ? or Parah ? Renung2 kan lan :)



Yang Kelima
Korang letak iklan kat blog suruh orang klik tu  , memang betul betul link kempen kan ? Bila orang klik iklan tu  , ada keluar MACAM INI tak ? Kalau ada , memang bagus lah . Tapi , kalau tak de , terpaksalah korang refer ENTRY INI untuk tahu lebih lanjut macam mana nak cari link tersebut . PERLU DIINGAT ! Duit churp - churp tak akan terus naik selepas klik iklan tersebut . Ianya kena tunggu iklan habis , baru akan keluar dekat Rewards korang bahagian kiri . So , jangan pulak tanya Tinie , kenapa duit tak naik padahal saya dah suruh kawan saya klik . Bukan terus naik ye sayang , kena tunggu habis kempen atau 2 3 hari baru dia akan naik . Kadang - kadang sampai seminggu baru naik tau ?


Ok . Selesai sudah . Tinie harap , kelima - lima jawapan Tinie ni agak membantu korang untuk lebih sabar menunggu duit churp - churp korang tu . Sabarkan sebahagian daripada iman . So , JANGAN KALUT sangat boleh tak ? hehehe  . Okey semua , adioossss ~
Sekian :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..