Thursday 15 March 2012

Info : 5 Sebab Si Jejaka Tampan "Masih Single" . Opss !!


.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v


Ok . Seperti yang korang semua tahu , tak semua jejaka tampan @ kachak sudah berpunya . Ye tak? Masih ramai lagi yang single mingle . Mungkin korang jugak salah seorang darinya . Sekiranya jawapan korang "ya!", mesti ada yang tertanya-tanya kan , mengapa hingga hari ni , korang masih tidak bertemu dengan pasangan hidup korang tuh . Nak tahu , di mana silap korang ? Jom intai , terjah , skodeng , usha ,beleksemua sebab yang Tinie nak kemukakan ni :)


1 . Terlalu Jual Mahal ! 
Kebiasaannya , jejaka kachak @ tampan ni kan , agak jual mahal walaupun adakalanya dalam hati suka ! Keegoannya tersaangat lah tinggi . Mungkin dia merasakan dirinya yang terlalu di-gilai ramai . Petik je 10 jari , sekompom-kompomnya 1,000 000 orang serbu . Kononnya nak pilih yang terbaik . Ecehh . Tapi , yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran :) hehehe~


2. Maintenance Tinggi 
Selalunya , lelaki kachak ini , maintenancenya tinggi ! Kalau boleh , nak je cecah bangunan Tokyo tu haa . Pakaian , Jam Tangan , Minyak Wangi , kalau boleh semuanya nakkan yang berjenama dan adakalanyamencecah berbillion ribu hengget .Takutlah perempuan untuk dekatinya . Ye tak ? Bimbang kopak duituntuk beli hadiah hari jadi . HAHA .


3. Pernah Dikecewakan !
Oh yeah , disebabkan mereka ini sudah serik bercinta kerana dikuciwaakan , mereka lebih bahagia hidup bersendirian . Walaupun beriban orang yang datang menagih cinta , namun , masih belum dapat mengubati lukanya . Baginya , dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya .


4. Mencari Pasangan Ideal 
Pipit Sama Pipit , Enggang sama Enggang . Masakan boleh terbang sama . Ye dakk ? Begitulah juga pepatah ,orang tampan pastinya mencari orang yang cantik juga . Namun harus diingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan . Akurlah pada jodoh yang datang , ok ? :)


5. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
 Sibuk dengan kerjaya sehingga lupa akan CINTA !Orang tampan nih , mereka selalunya fikir yang mereka mudah untuk mendapatkan CINTA pada bila-bila masa sahaja . Oleh sebab itu lah , bagi mereka , cinta sentiasa menjadi nombor 2 dan kejaya tetap nombor 1 .ahakxx! Namun , mereka lupa usia tidak menunggu kita kerana terlalu komited dan lalai dengan kerja sehingga hari in , masih sendiri lagi :)


Apa pendapat korang pulak ? ^_^v

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..