Thursday 15 March 2012

Lelaki Memilih Pasangan Wanita Dari Segi Apa ??


Lelaki memandang setiap wanita daripada segi apa?
  Penampilannya ? Gaya hidupnya atau pun pegangan hidupnya? Mana satu yang setiap lelaki impikan dan harapkan daripada wanita zaman sekarang? 

Apakah isu dara atau sudah ditebuk tupai masih diambil kira pada zaman ni? 
Hmmmm.~
Tinie pasti !  And sure,  setiap seorang daripada kita ada pandangan masing-masing berkenaan isu ini. Terpulanglah pada korang semua untuk menilainya daripada sudut pilihan korang. Hak korang.Bagi setiap perempuan, pasti ada syarat untuk penuhi kriteria pasangan hidup. Tinie yakin, lelaki pun sama. Walau tidak banyak, tapi pasti ada terdetik di dalam hati. Mahukan wanita begini dan begitu untuk dijadikan isteri. kan? kan?

Apa yang lelaki nilaikan daripada seorang wanita ek?

Penampilan yang menawan macam artis? Gaya hidup yang serba mewah? wanita pilihan tu masih punya dara ataupun tidak? oh, yang mana satu penting wahai, lelaki? Bagi Tinie, penampilan hebat bukan bermaksud wanita itu cukup hebat. Jangan padang daripada luaran saja,ok??
Hidup mewah bukan boleh menjanjikan kebahagian pun selepas berkahwin. Terlebih mewah pun susah jugak kan? Iya lah, minta lelaki belikan itu ini. Nak nampak serba mewah lah katakan. Haihhh. Nak ke lelaki dengan wanita-wanita macam ni ek?

Oh ya. macam mana pulak dengan isu dara?  

Lelaki zaman sekarang kisah ke tidak kalau wanita yang dia cadang untuk djadikan sebagai isteri tu sebenarnya sudah ditebuk tupai. Masih nak teruskan atau tidak? 
Penting ke isu dara pada lelaki zaman sekarang?
Mengikut kata-kata kawan2 Tinie , zaman sekarang lelaki tidak pandang dara atau tidak. Bila Tinie tanyakan alasan padanya. Slumber saja mereka menjawab :
“Sebab lelaki sekarang pun belum tentu 100% dara”
Well, era globalisasi agaknya.
Dara pun diglobal kan jugak. 1 untuk semua. Sengal betul.! HAHA~
Ini pendapat peribadi Tinie. Minta maaf kalau ada yang terasa yek. For me, untuk memilih wanita sebagai isteri kena berhati-hati. Jangan dipandang sangat dengan penampilan yang hebat, gaya hidup ala-ala anak raja sekalipun. Pilihlah wanita yang lelaki itu yakin boleh dibimbing.
Jangan pandang mereka untuk hari ini saja, tapi pandang mereka untuk 50 tahun akan datang. Kalau di dalam hati yakin yang wanita pilihan tu boleh dibentuk dan dibimbing..
pilihlah dia menjadi teman hidup semati. Kalau kurang yakin, fikir-fikirkanlah.
Manusia zaman sekarang, pada pandangan Tinie ,  terlalu memandang remeh isu ni.
Mereka membuat keputusan untuk bernikah atas alasan cinta. Hakikatnya, mereka lupa. Cinta tanpa rasa ikhlas kerana Allah, i'm sure tidak akan kemana. Cinta lebih kepada nafsu semata-mata.

Stuju kan ? Tinggalkan komen yea!XD
Trimass~


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..