Assalamualaikum !
Peacee ^_^v
(Hope korang baca setiap patah kata apa yang Tinie tuliskan ye)
(Hope korang baca setiap patah kata apa yang Tinie tuliskan ye)
Haiiiiiiiiiiiiiii . (Pergh , panjang siot "hai" kau tu Tinie) HEHE . Itu sudah semestinyaa sebab Tinie dah terlampau eksaited kemain ni nak bagi korang tips macam mana nak tingkatkan follower beratus - riban dengan cepat ! Ecehh ~ Beratus - riban ? Alamak ! Tinie pun tak tercapai lah lah beratus - riban tuu :)
Nanti adalah yang cakap tuh :
"Hek eleh , Follower dah banyak tu pun nak berlagak !"
Okey , Tinie tak berlagak dengan follower yang agak banyak macam ni . Tinie bersyukur je . Bukan Tinie suruh :
"Wey , Follow aku Weyh . Aku dah follow kau !"
Ishkk . Tidak sama sekali . Maybe dulu , time belum rapat/sondol-sondol sangat dengan blog Tinie ni ada lah kot . Itu pun dulu - dulu . Baru nak merangkak mengengsot - ngengsot dalam dunia blog . Alahai , perkara biasa lah tuh . Kalau follower kita '000000' , tak de pulak orang nak follow kan , mesti lah ada timbul kes " I FOLLOW U , U FOLLOW ME ".. Jangan pulak lah nak marah newbie macam diorang . Korang pun dulu sama jugak macam tuh , kan ?
Okey , Tinie tak nak lah pulak salahkan sesiapa . Bagi Tinie hari ni , Tinie tetap jugak nak share tips kat korang macam mana Tinie boleh dapat follower sampai 30 000 +++ dalam masa setahun ?
Pelik ! Aneh ! Ganjil ! Ajaib ! Janggal ! Macam - macam boleh disinonimkan .
Memang ramai jugak yang tak percaya , Tinie boleh dapat followers sebanyak tu dalam masa setahun dan Tinie sendiri pun tak percaya betul ke tidak ni follower aku dah mencecah sebanyaak niy . Padahal , baru je setahun aku buat . Dalam masa sehari , 200 orang follow Tinie . Memang Tinie tak sangka - sangka lah kan .Tapi tetap bersyukur sebab ada jugak yang sudi follow blog Tinie kan ?
HEE , tips ni memang Tinie dah pernah buat dah sebelum ni .
Kalau korang nak orang follow korang , korang MESTI :
1. Rajin Ber-jogging a.k.a Ber-Blogwalking ke Blog Orang Lain
Apa lah yang Tinie dok merepek ni . Apa bendanya BLOGWALKING (BW) tu ? Err . Ok . Bagi yang baru buat blog , newbiesss . Korang kena tahu , kalau orang lain cakap pasal BW tu , jangan pula korang angkat2 kening , kerut-kerut dahi .. Serupa macam tak pernah dengar langsung seumur hidup . hehe . Mesti lah tak pernah kan ? Tinie pun macam tu lah jugak dulu . BW tu maksud nye , berjalan2 , bersiar2 , masuk ke blog orang sambil menjejakkan tapak kaki dalam shoutbox diorang . Ye la . dah sampai blog orang , jangan pulal lupa nak jejak . Bila korang jejak tu , tulis ayat sepanjang ... sekreatif yang korang mampu ... Dijamin , 99.99% orang akan jejak balik .. Dan insyaAllah , dijamin 77.77% diorang akan follow korang :) Don't Worry lah ^^ Blogger kini berhati baik !
2. Follow Terus , alang~alang Singgah
Yup . Itu lah yang sepatotnya . Dah alang~alang singgah blog orang kan , follow lah terus ! Ni tak .. singgah , tinggalkan jejak then blah macam tuh je kan ? Manalah orang lain sudi nak follow kita . Hekhek . Tapi , itu sebenarnya hak masing - masing jugakkan ? Tak kan lah kita nak follow blog yang kita tak suka . Blog yang tak de ape2 yang menarik . Ye dak ? Tapi , bagi Tinie selalu nya , kalau kita dah follow blog someone , then kita cakap lah dekat orang tuh , "SAYA DAH FOLLOW AWAK" . InsyaAllah , if hati dia baik , dia pasti follow korang jugak :)
3. Postkan Entry Yang Menarik dan Membuatkan Orang Lain Tertarik
Okey . The important part ! Entry yang menarik dan penuh dengan informasi akan membuatkan para bloggers akan lebih tertarik untuk follow kita . Tak percaya ? Lihat sahajalah contoh dari blog Tinie . Penuh dengan tutorial yang berguna , tips - tips blogging yang lain daripada orang lain . Yang penting , kita menggunakan ayat kita yang tersendiri .
Sorry sangat lah ye korang , kalau korang tak berapa nak suka ayat Tinie yang "tergedik" , "termanja" , "terkasar" or whatever lah kan . Apa yang Tinie tahu , disebabkan ayat begitu , ramai yang tertarik untuk baca dan follow blog Tinie . Maybe lar . hikhik#
4. Tinggalkan Komen Di Entry Bloggers Lain
Yang ini , maybe dapat tolong korang jugak kot ! HEHE . Okeyy , macam ni . Korang terjah satu - satu blog . Korang mesti ada jugak baca entry yang diorang postkan , kan ? Dah baca tuh , jangan lah malas sangat nak komen entry diorang tuh . At least , komen lah satu ayat pun jadilah kan . Kalau boleh , korang jadilah pengomen pertama . Bila diorang publish , pengomen seterusnya , klau diorang bosan ke time tu , insyaAllah , dia akan try jugak bukak blog korang tu . Tak pun , korang tinggalkan je link blog korang dalam entry komen tersebut . InsyaAllah , hati yang baik akan jugak follow korang .
5. Join Seberapa Banyak Segmen yang Melibatkan Kenalan Dari Bloggers Lain
5. Join Seberapa Banyak Segmen yang Melibatkan Kenalan Dari Bloggers Lain
HEHE . Tinie tahu , zaman sekarang niy , ramai sangat orang yang suka join segmen ni kan ?
Segmen itu lah , Segmen ini lah .Tinie tak suruh pun korang memilih dalam meng-joinkan diri dalam segmen apa2 kan . Kalau lah boleh , cuba korang tengok segmen yang melibatkan kita untuk berkenalan dengan bloggers lain . Segmen follow-memfollow ke , segmen komen-mengomen ke , segmen BW-berBW ke . Kalau kita join segmen macam tu , nak pulak dari bloggers yang top , mana tak nya followers korang tuh akan cepat je bertambah . Ye dak ?
6. Meletakkan Widget Follower di Bahagian Atas Sidebar/Bawah Header
Maybe ini merupakan tips sampingan je kot untuk orang cepat follow kita . Ouke . Tinie dah buat satu kajian . Kebanyakan (tak semua) yang letak widget follower di bahagian atas lebih banyaj followernya dari yang letak di bahagian bawah sekali . Kan ? Kan ? Ye lah . Orang yang masuk kita mana tahu diorang ni jenis macam mana ? Ntah , ntah jenis pemalas macam aku ney , haha . Sah - Sah dah tak scroll bawah untuk cari widget follower . So , bagi pendapat Tinie , drag lah widget followers tu , ke bahagian atas di sidebar :)
7. Joinkan Diri Dalam Group di Fesbuk
7. Joinkan Diri Dalam Group di Fesbuk
Tinie rasa , ramai dah yang tahu pasal join Group ni kan ? Bloggers tak sah kalau tak de yang join Group kat fesbukkan ? Kenapa Tinie suruh join ? Ye lah , lagi banyak group yang korang join , lagi banyak lah pembaca korang . Bila orang tertarik untuk baca , banyak lah follower yang korang dapat . Ye takk ? HIKHIK# Dekat sini , Tinie akan senaraikan serba sedikit Group yang boleh korang join : (Ask To Join) oke ? :)
" Okeyy , itu lah serba tips yang Tinie dapat kongsikan dengan korang ye . Hope korang enjoy dengan tips ini . Siapa yang nak followers nya meningkat , follow lah tips ni . Kalau tak nak , terpulanglah .. Itu hak individu masing- masing kan ? So , Selamat Memiliki Follower yang Banyak " :)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..