Salam.Akhirnya Tinie dapat juga ayat ni. Mudah je nak amal zikir2 harian ni. Cuma kehendak hati ja nak hapal ke tak. Jomla hapal.. ibarat mutiara keluar dari mulut! Takkan tak nak, mutiara ni confirm lagi bersinar dari mutiara di dunia nih.
AHAD
Ya Tuhan, yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri (tiada pertolongan)
ISNIN
Tiada daya dan kuasa melainkan ALLAH Yang Maha Tinggi dan Maha Agung
SELASA
Ya Allah, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad S.A.W
RABU
Aku pohon ampun kepadaMU Allah Yang Maha Esa
KHAMIS
Maha suci ALLAH yang Maha Agung dan segala puji bagiNYA.
JUMAAT
Ya Allah
SABTU
Tiada Tuhan selain ALLAH.
Sesungguhnya.. Allah lebih sukakan amal yang sedikit tapi berterusan. Bukannya amal yang banyak tapi hanya pada permulaannya sahaja. Ingat ni satu lagi - - - -
اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُAllah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 255)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..