Saturday 14 April 2012

Rambut cerminkan Keperibadian




panjang dan kerinting
Rambut panjang yang kerinting menunjukkan peribadi yang seksi,super feminin dan manis. Antara selebriti terkenal yang memiliki model rambut seperti ini adalah Taylor Swift,Sarah Jessica Paker dan Gisele Bundcen. Rambut panjang sesuai untuk gadis yang tinggi lampai dengan bentuk tubuh yang sedang atau langsing. Bagi yang berbadan montel dan berwajah kecil,hindarilah berambut panjang dan kerinting kerana ia akan membuatkan wajah dan tubuh kamu 'tenggelam'


Panjang dan Lurus
Sensual,menggoda dan nakal. Itulah aura yang dipancarkan gadis yang berambut panjang dan lurus. Rambut panjang dan lurus sesuai bagi kamu yang ingin merasa imej seksi. Aktres Jeniffer Aniston dan Blake Lively terkenal dengan gaya rambut seperti ini. Rambut panjang dan lurus sesuai bagi mereka yang berjiwa muda. Bagi kamu yang berwajah panjang dan tirus atau bertubuh comel,hindari gaya rambut seperti ini.


Bob
Rambut yang dipotong gaya bob melambangkan  peribadi yang kuat,elegen dan sederhana. Katie Holmes adalah salah seorang selebriti yang terkenal dengan potongan rambut ini. Rambut Bob mudah dijaga dan tidak memerlukan masa yang lama unutk diuruskan. Mereka yang memiliki sepasang mata indah dan berhidung mancung paling sempurna menggunakan model rambut ini. Bagi kamu yang berwajah petak,hindari potongan rambut bob kerana ia akan menyerlahkan lagi bentuk rahang kamu.


Bob pendek
Gaya rambut bob pendek seperti Victoria Beckham ini melambangkan peribadi yang tegas,chic,klasik dan stylish. Potongan rambut ini sesuai bagi kamu yang mamiliki garis rahang yang cantik. Namun jika kamu berwajah bulat,hidari gaya rambtut ini kerana ia akan menampakan wajah yang semakin bulat.


Pixie 
Gaya rambut pixie semakin digemari oleh selebriti Hollywood antaranya Emma Watson dan Anne Hathaway. Gaya ini memperlihatkan rasa percaya diri,yakin dan berani. Kepala dan tubuh yang montel paling sesuai mengaplikasikan potongan rambut ini. Selain itu,mata indah dan bentuk wajah oval merupakan kriteria ideal untuk rambut pixie. Bagi kamu yang terlalu kurus,elakkan daripada gaya rambut ini kerana ia akan membuatkan kepada kamu nampak lebih jendul







No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
sila tinggalkan Comment anda di sini
satu pon jadilah hehe..