Thursday, 15 March 2012

Info : 7 Sebab Lelaki Gagal Menawan Wanita


.Assalamualaikum ^^

Intro Serius :
"Apa yang tak kena dengan korang nih haa ? Lupakan ! Lupakan sahaja jika faktor KACAK yang tidak korang miliki , kerana ianya tidaklah penting seperti yang korang sangkakan . Keikhlasan dan kesungguhan serta sikap menawan pada pertemuan pertama boleh mencairkan teman wanita korang untuk terus menerima korang dengan seadanya . Percayalah:)"

 Dekat sini nak share dekat korang ciket , 7 sebab kenapa para lelaki kini GAGAL untuk menawan hati pujangga si wanita nehh ~ Jom kita terjahhh . Grr ^^

1. Suka Sangat Menunjuk-Nunjuk
Errr . Ser ah lelaki macam nih . Ingat bagus sangat kot ? Masa pertemuan untuk pertama kalinya , korang ni ... perghh . Berusaha bersungguh-sungguh tuh untuk memberitahu segala-galanya tentang diri korang . Contoh utama : Kononnya , korang ni ada banglo dekat Damansara Perdana tuu . Tak pun bagitahu yang korang bawa BMW X5 . Ecehh . Bangganya ye ? Tahu tak ? Tindakan  macam ni lah yang menyebabkan wanita pandang korang suka membanggai diri. Cukup sekadar memberitahu pekerjaan korang and biar lah wanita yang judge berapa banyak harta yang korang ada ok?

2. Terlalu Banyak Menyentuh
Iya ~ Memang tak dapat dinafikan lagi , wanita memang suka disentuh tetapi awas ! Lihat dulu keadaannya . Sentuhan pada wanita hanya perlu bila korang dapat melihat isyarat yang 'dia suka korang' . Selagi dia masih ragu-ragu and kerap menjauhkan jarak korang dengan dia jangan sesekali korang bertindak melulu yea ! (Peringatah : Aksi sentuh menyentuh ni , haram di sisi Islam ok ? So , kalau nak sentuh ke hape , kahwin dulu . kehekh < walaupun banyakk couple sekarang yang dah tak kisah dengan benda nih semua> aiyoo )...

3. Kurang Sikap Lelaki Budiman
Cuba tanya mana-mana wanita siapa yang tak suka lelaki budiman atau dikenali sebagai 'gentleman ' nih kan . Lisa Surihani pun suka . Lady Gaga , lagi lah suka . haha.. Yang membuka pintu kereta , yang menarik kerusi untuk pasangan , yang membawa sekuntum bunga merah masa jumpa (alahaii.. romantiknyaa.) , yang sering mengucapkan kata sayanggg , yang menuangkan air minuman untuk si dia .. Sikap begini lah yang amat disenangi oleh wanita kini . Kalau Tinie pun , kalau dapekk lelaki macam nih . Perghh . SUMPAH , tak kan lepas ooo . kihkih :*

4. Langsung Tak Bersopan-Santun
Eiyy. Korang jangan ingat bersopan santun hanya untuk 'wanita' je ehh . Lelaki pun perlu bersikap sedemikian ! Sikap kasar dan kurang budi bahasa membuatkan wanita meluat dengan korang ni . Selalunya , ia datang secara asli mengikut gaya hidup dan status sosial korang tetapi , kalau korang selalu sangat ditolak wanita , korang seharusnya menukar cara dan gaya korang kerana sikap sopan-santun memang dah ada dalam diri . Cuma perlu dipraktikkan lagi :)

5. Kurang Sangat Puji-Memuji
Yes ! Memang wanita sukakan pujian and kalau korang lihat dia tersipu-sipu malu kan , maksudnya taktik korang tuh memang sudah mengena ! " Baju you pakai cantik hari ni" ; "Senyuman you memang manis" ; "I suka bila you ketawa" ; "You have a beautiful smile in a world" ! Katakanlah apa sahaja asalkan pujian itu berpijak di bumi yang nyata .. Janganlah pulak puji sampai GILA-GILA HIPERBOLA tuu .. Kaarangg penampor yang korang dapekk . ehhee. Dan dalam sekali pertemuan tu , hanya perlu SEKALI sahaja pujian , kalau terlalu kerap , nanti jadi hipokrit pulak . kehkeh~ 

6. Berperangai Kalut dan Gelojoh
Korang nakkan dia , tapi tak sabar and gelojoh . Macam Mr.Bean je .HAHA . Ok . Misalnya korang ni jenis suka sangan memaksa-maksa dia sukakan korang  ataupun menarik tangan dia untuk bercerita dengan korang atau memaksa dia bersalam dengan korang , sedangkan dia belum buat keputusan ke atas korang . Bersikap lebih tenang dan tidak terlau terburu-buru lebih banyak membantu . So , fikir-fikirkan lah ye ? :)

7. Penampilan itu Penting
Aspek inilah yang mungkin korang abaikan . Tahukah korang bahawasanya wanita ni lebig sukakan lelaki yang pandai menjaga imej dan penampilan seperti tubuh yang dijaga bersih , bau wangian , kemas , dan berpakaian sesuai mengikut acara . Kalau lelaki ni memakai pakaian yang salah di upacara yang salah , wanita memang berpaling daripada melihat korang . Say "BYE-BYE" je lah . hehe . Akan tetapi , bagi lelaki yang memiliki sendikit jambang tidaklah salah kerana ada wanita yang sukakannya :)

"OKE ! Itu sahaja yang Tinie dapekk share dekat korang . 
Nantikan Tips or Info , untuk entry yang akan datang . Wassalam~"


Anda Seorang PEMALAS ?


.Assalamualaikum.!^^

Hai .  Winkwink:*
Lamaaanye rasa takk hapdet nih . Rasa macam dah ber-abad dah.
Ye lah . Busy je keje nye . Mana ada masa nak hapdet entry .
Kalau free pon , jumaat , sabtu ahad je lah .
 kuikuikui~
Hari ni , Tinie nak story kat korang ciket pasal..

"M.A.L.A.S" 

Malas ? Hah ? Apa benda tuhh ? 

" Mak Andam Lena Atas Selimut ke ? "



  

Ehee. Bukan lah .
Jawapan anda salah . (padahal anda tak jawab pun) =]
Yea . Yea. Malas (equals to) =

 

Boleh pakai ke makna kata tu ? heheh . Hentam sajalahh =.=

Nih , Tinie nak tanya , korang semua semua nih , ada tak sikap "MALAS" tuh ?
Sah sah ada punya lah . Manusia , tak lari dengan sikap sebegini selagi dirinya tiada keinsafan untuk mengubah dirinya menjadi manusia yang berguna. 
Betul tak ?
Siapa yang tak ada sifat malas tu ?
Apa ? Tak tahu dirinya malas or takkk ?

Sila lihat di bawah . 
Tinie senaraikan ciri-ciri orang yang bersikap MALAS !
Kalau korang ada salaah satu daripada ciri-ciri ini , tolong hindarkan lah.
Buang ia jauh - jauh ke dalam sungai . Tak pun tanam je dalam kubo . ^^

  •  Anda sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan
  • Sepanjang hidup anda tidak pernah menghadiri aktiviti sosial (e.g: gotong royong)
  • Tidak pernah mengemas bilik tidur anda
  • Separuh daripada masa anda banyak dihabiskan untuk tidur
  • Orang melihat rumah anda seperti tongkang pecah tetapi anda melihatnya seperi istana yang indah
  • Sekiranya orang lain bersedih apabila gagal , anda sedikit pun tidak berasa sedih. Bagi anda , kegagalan itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup anda
  • Cara anda menutup kelemahan anda ialah selalu tampil cantik di depan orang , pakai minyak wangi segantang padahl baju yang dipakai dah berbulan2 tak berbasuh :)
  • Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan , kononnya DIET.
  • Setiap hari , wajah anda ke sekolah/pejabat tidak pernah ceria. Asyik tak da mood je
  • Tidak pernah berusaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang.
  •  
     Apa macam ?
    Ada tak ciri-ciri anda tersellit kat atas ni ?  
    huk3! Kalau ada , cepat cepat lah tanam dalam kubo yer :)
    Di sini , 
    Tinie ada sertakan doa hindari sifat malas :)
     
    "Wahai Tuhanku , aku berlindung dengan Engkau daripada sifat lemah dan malas , takut dan bakhil dan aku berlindung dengan Engkau daripada azab kubur dan aku berlindung dengan Engkau daripada kesusahan masa hidup dan masa mati."
     
    .Renung-renungkan lah , dan selamat beramal . K , baii ^^ 
     

Cemburu Buta !!


SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, pasti ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.!
Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana.
hehe! betul kan ?

 ..............................................................................................................................
Oke , now Tinie nak kongsi sedikit 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antara nya terbuku dalam hati dan sanubari si dia :)
* Beremosi Keterlaluan*
Setiap minit dan jam , si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah , si dia akan marah bila anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi SMS :)

 * Sering Melemparkan Tuduhan*
 Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai usul periksa.
Keadaan ini  berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain , bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat kepada anda.

* Cuba mencari kesalahan anda*
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan , si dia cuba mencari kesalahan anda. Padahal anda tidak pernah melakukan sedemikian.Perkara ini juga boleh menyebabkan pergaduhan berlaku antara pasangan.

* Sentiasa ingin bersama*

Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

* Anti-sosial*

Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya. :)

* Wartawan dan polis*

Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa .

* Suka buruk sangka*

Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

* Takut dipermainkan*

Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

* Pantang telefon berdering

 Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

* Sanggup bunuh diri*

 Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.


 "Sekiranya anda telah berusaha sedaya upaya mengubah situasi ini tetapi pasangan tetap tidak dapat mengawal sikap cemburunya, kaunseling adalah jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda. Sekiranya masih berlarutan dan membebankan anda, jalan penyelesaian terbaik ialah memutuskan sahaja perhubungan."


 * Haha , semuanya ada banyak pada boy Tinie :)
   Cemburu betol ! hahakss :)

Saya Suka Dia ke , Cinta Dia Ek ?




.Assalamualaikum !
Peacee ^_^v





Kebanyakan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing - masing sama ada cinta atau suka , pasti mereka akan terdiam dan serba salah . huhu . Tak tahu jawapan mana satu yang tepat ! Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama jugak ada rasa suka . Namun harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza . Diakui , ramai yang keliru dengan istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut . 

Kat bawah ni Tinie akan senaraikan perbezaan antara cinta dan suka . Jadi , apa yang korang tunggukan lagi . Cepat ! Bandingkanlah di mana perasaan korang sekarang terhadap si dia :)


Di hadapan orang kita cinta , hati kita akan berdegup kencang ...
Tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira ...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta , kita akan kaku ...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum ...


Di depan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata - kata ...
Di depan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja ...


Di depan orang yang kita cinta , kita menjadi malu ...
Di depan orang yang kita suka , kita akan tunjukkan diri yang sebenar ...


Bila orang yang kita cinta menangis , kita akan turut menangis ...
Bila orang yang kita suka menangis , kita akan turut membuat dia gembira ...


Di depan orang yang kita cinta , kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan tergoress ...
Di depan orang yang kita suka , kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu paling baik untuk menjaga keharmonian perhubungan korang dan si dia .


Perasaan cinta bermula dari mata , 
Perasaan suka bermula dari telinga ...

Jadi , jika kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka ... umpama kita membuang telinga kita .. Tapi bila kita cuba menutup mata , cinta berbuah menjadi air mata . 

Tips : Bila Cinta Semakin Hambar


.Assalamualaikum.


Walaupun korang sayang cinta pada si dia, namun adakalanya korang akan tiba-tiba rasa jemu dan malas untuk bertuemu dengannya. Korang mesti terpikir kenapa jadi macam ni kan ? Dalam hati masih ada saying .. Akan tetapi si dia semakin hari semakin membutakan korang jadi bosan untuk bersama dengan nya.  Perasaan itu wujud dengan beberapa faktor. Namun , jangan terburu-buru putuskan hubungan korang dengan si dia tu. Korang perhatikan perkara yang Tinie nak story kat korang ni dulu ye...

Stopp !! PERTAHANKAN !

Kurang Variasi
Setiap kali korang ber-dating..korang Cuma akan dibawa ke satu tempat sahaja atau mungkin Cuma di rumah berbual-bual sambil menonton TV. Siapa pun akan jemu akan dah jadi rutin harian. Macam Tinie jugak lah~Asyik2.. bila nak sembang.. Asyik dia nak dating rumah je. Bosan .Bosan.Bosan. Ok ! Sebaiknya korang ajaklah si dia bertukar tempat misalnya pergi jalan2. Pergi tepi pantai ke. Tak ke romantik tuhh .. Tak pun selalu ajak si dia pergi keluar makan kat mana-mana. Tak de lah bosan sgt . hehe =) kan ? kan ?

Terlalu lama
Mungkin korang dengan si dia terlalu lama bercinta. Sebelum ni , percintaan korang hanya bertahan  paling lama pun dalam enam bulan.. tetapi dengan si dia sudah lebih setahun. Tenang ! Sabar ! Ini Cuma masalah untuk membiasakan diri. Lagi lama korang kawan .. lagi banyak lah korang kenali sifat-sifatnya.. termasuklah yang buruk-buruk.. Jadi , untuk membiasakan  diri dengan semua benda tuh.. ianya perlu mengambil masa yang lebih lama. Jadi bersabatlah dulu ya. Jangan betindak mengikutkan perasaan taw ! =)


Sering Bersama
Setiap hari korang asyik bertemu dengan si dia sehinggakan korang boleh menghafal jerawat yang ada di wajahya itu. Opsss ! hehe..Lama kelamaan korang mesti akan rasa bosan kan?? Jadi , sebaik-baiknya kurangkanlah berjumpa ye.Biar ada rindu di dalam hati.. barulah cinta makin hari makin membara.

Jarak Jauh
Sewaktu awal bercinta si dia selalu  dan sentiasa bersama korang kan. Namun tiba-tiba korang dengan si dia ‘terpaksa’ berpisah kerana si dia diarahkan untuk tukar tempat kerja. Korang pasti akan rasa jemu bila bersendirian kan ? Namun jangan membuat keputusan yang melulu untuk berpisah. Nantikan korang boleh bertamu lagi. So sabar dan pertahankan cinta korang tuh ok .? =)

Cepat Bosan
Perghh ! Nampak sangat korang ni seorang yang cepat bosan. Tapi itu tak bererti korang tak sayang dengannya. Mungkin korang patut harus dan wajib belajar menepis perasaan bosan korang tu dan menghargai si dia untuk pertahankan perhubungan korang ni.

PUTUS !! PUTUS !! PUTUS !!

Masalah sama
Setiap kali korang dengan si dia bertengkar pasti kerana masalah yang sama dan kedua-duanya sukar untik mengalah. Contohnya, si dia selalu maran apabil korang tidak memberitahunya setiap kali korang sampai di rumah ataupun jarang menelefon korang untuk bertanya khabar. Kalau sudah masalah sama jugak berlaku , rasanya baik sahaja korang berpisah. Okengg .??

Suka Orang Lain
Arghhh !! Bahaya sangat . Korang jadi semakin malas berjumpa dengan si dia kerana si dia sibuk membayangkan orang lain . Tambah- tambah lagi orang ketiga ini lebih menarik daripada korangg. Kalau sudah jadi begitu lebih baik korang tinggalkan je dia dahulu sebelum korang ditinggalkan . Ada pahamm ? =) Gud !

Sifat Buruk
Si dia mempunyai sifat buruk yang sukar untuk korang menerimanya.Misalnya si dia suka bermanja-manja dengan semua kawan perempuannya . Biarpun sudah diminta unttuk berubah.. tetapi tetap begitu juga. Sayang memanglah sayang. Tapi sanggup ke korang tengook si dia asyik bermanja dengan orang lain ? Kalau sanggup tak pe lah .. Tapi kalau si dia sudah tidak dapat menghargai kita , buat apa kita tunggu lagi kan ? PUTUS je !!

Tiada Lagi Cinta
Sekiranya alasannya sudah jelas, tidak apa lagi yang perlu koran tunggu.Tidak ada  gunanya korang tetap bersama dengan si dia kalau dalam hati masing-masing tu tidak ada lagi cinta. Buangkan jauh-jauh hasrat hati korang tu untuk mempertahankan hubungan percintaan korang dengan si dia . Okengg ? Chill ! ~

Tips : Psst .. 10 ‘Secret’ Si Dia Tidak Perlu Tahu..



Helow korang... Hi ! hee .~
Heyy , hari ni , Tinie nak bagi lagi tips cinta dekat korang lagi ni .
Sesiapa yang nak jadi pembaca setia Tinie tuh teruskanlah ok .Maybe tips2 sebegini banyak memberi manfaat dekat korang ke ? Mana lah nak tahu kan .Tinie agak je.hehe.
Yupp ! Memang benar .. Dalam percintaan , korang seharusnya bersikap terus terang , terbuka serta tiada rahsia korang dengan si dia. Namun , adakalanya ,demi menjaga hatinya , ada juga perkara yang harus korang rahsiakan dari pengetahuan nye . Di bawah ini , Tinie ada lah kan beri 10 rahsia yang tak perlu korang beritahu si dia . Usha lah ye !

:n:Si dia tidak disukai oleh keluarga korang.
Korang semestinya menyemarakkan api yang sedang menyala ! Sebaiknya , korang diamkan sahaja perkara itu daripada diketahui si dia. Sementara menunggu masalah reda, korang bolehlah memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu perkara baik tentang si dia. InsyaAllah , keluarga korang akan lebih memahami..:)



:n:“Saya suka dengan”..
Ini penting ! Tolonglah jangan sesekali memberitahu si dia andai korang tertarik dengan mana-mana lelaki atau wanita yang lebih tampan dan cantik dari si dia . Mungkin niat korang tu untuk mengagumi kecantikan dan ketampanan seseorang itu dan tiada niat untuk mencurangi si dia.. namun ia akan tetap menyinggung perasaan si dia. Jadi , untuk mengekalkan perhubungan korang , elakkan daripada berbuat demikian erkk. Hehe . Nasihat Tinie je ni ^_^



:n:Simpan Rahsia Kelemahanmu
HEHE . Yang ini agak melawakkan lah . Kalaulah korang ni , jenis lelaki yang takutkan labah-labah atau pun cicak mahupun lipas.. simpan rahsia itu sebaiknya. Begitu juga dengan perempuan ! Jika korang ni seorang yang kuat berdengkur ketika tidur ke, tidak perlulah diberitahu pada si dia. Biarkan pasangan korang tu tahu rahsia korang secara natural sepanjang berhubungan dengan korang je. Takut-takut dalam diam-diam si dia lari bila dengar rahsia korang tu . hehe~



:n:Bandingkan dirinya dengan kekasih yang terdahulu
Opss ! Tiada orang yang suka dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain , terutamanya hal yang buruk-buruk . Jika korang pernah berbuat sedemikian .. haa. Korang sebenarnya telah menempah satu hubungan yang agak singkat . So , kotang dilarang untuk berbuat demikian ye . Ingat taw pesanan Tinie ni . hehe~



:n:Jangan jadi ‘anak emak’
Eh . eh. Manja nya ! haha . Berapa kali dalam sehari korang menghubungi mama korang ? Jika jawapannya kerap kali , sebaiknya korang kurangkanlah sedikit . Tidak salah untuk bermanja tetapi tidak perlu lah setiap hal yang korang lakukan harus dilaporkan kepada mama korang tuh . Alahai.. memang lah Nampak agak baik + sweet kan bila contact dengan mama . Tapi tak rasa ke girl/boy korang tu suka dengan perangai korang tu ? Anak Emak !? Siapa suka ? haha~



:n:Hobi yang Pelik
Ada juga dalam kalangan korang yang suka mengumpul barangan ‘transfomer’ atau jam-jam antic mahupun , si pengumpul telur-telus cicak ?! Hah ? Ada ker ? Mestilah ada.. Tetapi , korang perlu sedar . adakah si dia tu , dapat menerima hobi pelik korang tu . Janganlah pula korang jadi insane yang baik dengan memberitahu si dia tentang hal pelik-pelik tu . Peluang untuk si dia ditinggalkan sangat dan teramatlah tinggi ! Jaga-jaga ;)






:n:“Saya tidak suka awak berkawan dengan...”
Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan teman-temannya. Sebaik-baiknya korang beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka biarpun ada di antaranya korang sukar untuk disenangi. Perlu diingat jika korang baru sahaja dengan si dia , jangan senang-senang je kamu memperkatakan keburukan temannya . padahal , si dia sudah mengenali temannya lama daripada diri korang tu sendiri . So , jangan lah korang terlalu sangat mengongkong diri si dia pasal hal2 kawan ni .


:n:Perkara Yang Memalukan Sebelum Ini
Sekarang ni , korang ada terfikir inilah masanya yang sesuai untuk korang memperlihatkan kejujuran korang tuh di mata si dia dengan memberitahu bahawa korang pernah menduakannya sebelum ini. Walaupun si dia bagitahu korang yang si dia tidak ada rasa apa-apa , sebenarnya si dia tebal dengn sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila.. Oleh itu , berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang korang tanggung sekarang ni . Alar. Tak payah lah susah-susah nak jadi budakk yang terlalu jujur. Ini akan mendatangkan masalah dalam perhubungan korang tu !


:n:Tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Hah ? Seksi ke , seksa ? HAHA. Kalau korang fikir teman baiknya kelihatan SEKSI kan , jangan beritahu keadaan sebenar walaupun dengan nada yang bergurau ! Ingat taw.... Tak mungkin si dia merasakan itu satu gurauan , malah si dia akan merasa marah dan terluka. Dan dalam jangka masa yang panjang kepercayaan nya terhadap korang akan hilang dan akan menjadi semakin pudar ^^ Jadi , jangan lah berani korang ambil risiko sebegini ya! :]


Olla.. Sudah habis Baca  ..?
SILA KOMEN + LIKE-LIKE YA!
Trimasss~